the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Projek pembinaan MAWILLA 4 di peringkat akhir kenal pasti tapak, kesesuaian – Mohamed Khaled

KOTA TINGGI: Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat akhir bagi mengenal pasti kesesuaian dan tapak pembinaan Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bintulu, Sarawak.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengulas perkembangan berhubung pembinaan markas itu berkata ia adalah sebuah projek yang penting, dan beliau telah mengarahkan supaya pelaksanaannya disegerakan.

“Markas ini diperlukan (antaranya) bagi kita menampung keperluan untuk Kapal Misi Pesisir (LMS) yang dijangka siap pada akhir tahun 2027,“ katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Masjid dan Surau sempena Ramadan di sini hari ini.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata kementerian dalam proses rundingan dengan kerajaan negeri Sarawak berhubung harga tanah premium bagi pembinaan MAWILLA 4, dan pembinaan pangkalan tambahan baharu TLDM itu adalah antara isu yang sedang dibincangkan dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Terdahulu Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata RM132,000 diperuntukkan bagi sumbangan kepada 28 masjid dan 48 surau dalam parlimen berkenaan, khusus bagi mengimarahkan sambutan Ramadan.

Beliau berkata sumbangan wang tunai RM3,000 disampaikan kepada setiap masjid, manakala surau RM1,000.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings