the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 28, 2026
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PKS Malaysia perlu tumpu pasaran India untuk berkembang

PKS Malaysia digesa manfaatkan peluang pasaran India dengan sokongan MATRADE dan dewan perniagaan, terutamanya dalam sektor digital dan farmaseutikal

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) harus menjadi tumpuan dalam usaha mempertingkatkan hubungan ekonomi Malaysia-India kerana India menawarkan peluang pasaran yang luas untuk perniagaan dari negara ini yang ingin berkembang ke luar negara.

Pengerusi Majlis Ekonomi ASEAN-India Datuk Ramesh Kodammal berkata walaupun syarikat besar mempunyai rangkaian rentas sempadan, PKS memerlukan sokongan yang lebih besar untuk memasuki pasaran baharu terutamanya India yang menawarkan potensi besar untuk perdagangan dan usaha sama.

“Apabila kita bercakap mengenai perniagaan, syarikat korporat sudah mempunyai rangkaian mereka tetapi PKS memerlukan pemain baharu, pasaran baharu dan India merupakan pasaran yang besar,” katanya dalam program “The Nation: Diplomatic Dispatch” di Bernama TV.

 Ramesh berkata, PKS Malaysia boleh meneroka peluang sama ada melalui eksport secara langsung atau menubuhkan usaha sama bersama rakan kongsi India bagi menghasilkan produk untuk pasaran di negara berkenaan.

Beliau menambah PKS sering berdepan dengan cabaran dalam memahami bagaimana untuk memulakan pengembangan ke luar negara tetapi beliau menekankan pelbagai agensi dan dewan perniagaan tersedia untuk memberikan panduan dan sokongan.

“PKS Malaysia sangat bertuah kerana Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyediakan banyak maklumat kepada mereka.

“Selain itu terdapat banyak dewan perniagaan yang boleh memberi nasihat kepada PKS seperti Majlis Perniagaan Malaysia-India selain Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Kuala Lumpur dan Selangor serta pelbagai kumpulan perniagaan India yang sedang bekerjasama dengan negara India,” tambahnya.

Beliau berkata, kerjasama yang lebih rapat di antara PKS dengan dewan perniagaan juga diperlukan bagi membantu syarikat mengenal pasti peluang dan mengharungi pasaran India dengan lebih berkesan.

Dalam konteks ini, Ramesh berkata teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) semakin menjadi  pemangkin utama dalam memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia-India terutamanya dalam menyokong pertumbuhan dan inovasi PKS.

Beliau berkata pelaburan digital merupakan tumpuan utama dengan kedua-dua negara sedang meneroka kerjasama yang lebih rapat dalam AI dan teknologi berkaitan.

“Kami sedang menumpukan perhatian kepada pelaburan digital dan kami juga giat memastikan majlis digital bagi kedua-dua negara dapat dibentuk,” tambahnya.

 Ramesh berkata, keupayaan India dalam AI boleh menyokong usaha pembangunan digital Malaysia termasuk minat daripada syarikat India untuk menubuhkan pusat latihan AI di negara ini.

“Malaysia memerlukan banyak idea selain sokongan untuk menggunakan platform ini (AI) dan India boleh menyediakannya,” tambahnya.

Selain daripada kerjasama digital, Ramesh berpendapat sektor farmaseutikal juga menawarkan potensi yang kukuh untuk menjalin kerjasama dua hala berikutan kekuatan India dalam pembuatan farmaseutikal.

Beliau berkata, kerjasama yang dipertingkatkan dalam sektor farmaseutikal boleh menyokong rantaian bekalan penjagaan kesihatan Malaysia.

Ia juga meletakkan negara sebagai pangkalan pembuatan dan eksport untuk rantau ini dengan memperkukuh hubungan perdagangan sedia ada kedua-dua negara yang memberi sumbangan kepada ASEAN dan pasaran lain.

Related

spot_img

Latest

Huawei Targets Over 80 Models This Year Adopting Its Driver Assistance System, Over 3 Million Cars

Huawei Technologies is aiming to have its Qiankun ADS advanced driver assistance system fitted into over 80 different vehicle models this year and hitting 3 million units on the road.Currently, Qiankun ADS is used in around 30 models as of November 2025, but the technology is being quickly adopted by Chinese carmakers.

Aurastone announces Malaysia expansion with new Johor fabrication hub and design showroom

Aurastone has officially entered the Malaysian market with the launch of a new fabrication hub and design showroom in Johor Bahru, providing end-to-end stone solutions, premium sintered stone collections, and reliable support for the region’s growing architectural and interior design sector.

Most Viewed

Aurastone announces Malaysia expansion with new Johor fabrication hub and design showroom

Aurastone has officially entered the Malaysian market with the launch of a new fabrication hub and design showroom in Johor Bahru, providing end-to-end stone solutions, premium sintered stone collections, and reliable support for the region’s growing architectural and interior design sector.
spot_img

Popular Categories