the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

NRES di peringkat akhir penyediaan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara

KOTA BHARU: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) kini berada di fasa akhir penyediaan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) sebelum dibawa ke Parlimen dalam masa terdekat.

Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata proses ini melibatkan perbincangan intensif dengan kerajaan negeri di samping mengambil kira pandangan pelbagai pihak bagi memastikan kandungan RUU itu lebih komprehensif dan relevan.

“Rang Undang-undang ini memberi tumpuan kepada mitigasi, seperti pengurangan pelepasan gas rumah kaca, namun aspek adaptasi juga penting, dan orang ramai perlu bersedia menghadapi perubahan seperti kenaikan suhu dan paras air laut.

“Kita juga memiliki Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP), yang akan dilengkapi elemen adaptasi melalui RUUPIN,” katanya ketika ditemui di Program Semarak Desa Kampung Angkat MADANI NRES 2025 di Kampung Aril, Melor, di sini, hari ini.

Beliau berkata penggubalan Rang Undang-undang itu selaras dengan aspirasi perubahan iklim negara dan matlamat pembangunan mampan jangka panjang.

“Untuk itu NRES telah membuka ruang konsultasi awam, melibatkan masyarakat sivil, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat, dan orang ramai,“ katanya.

Nik Nazmi berkata kerajaan telah mengambil langkah awal dengan menetapkan sasaran sifar bersih gas rumah kaca menjelang 2050.

“Dalam masa sama, NRES sedang membangunkan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) bagi melengkapkan Rang Undang-undang berkenaan. DPKK ini penting sebagai instrumen utama untuk memastikan pasaran karbon negara dapat berfungsi secara efektif, termasuk pelaksanaan harga karbon,” jelasnya.

Nik Nazmi turut menyeru rakyat agar menyokong usaha kementerian dalam memastikan pengurusan sumber asli dilakukan secara mampan demi kepentingan negara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings