Wednesday, October 29, 2025
22.4 C
Malaysia
spot_img

Polis Johor keluarkan 968 saman trafik sempena Deepavali

The Sun Webdesk

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengeluarkan 968 saman atas pelbagai kesalahan trafik menerusi Op Lancar yang bermula petang semalam sempena sambutan Deepavali.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata antara kesalahan itu ialah memandu secara berbahaya, tiada lesen dan mengubah suai kenderaan.

Beliau turut mengesahkan 26 individu berusia antara 15 hingga 46 tahun ditahan atas kesalahan trafik dan dadah selain 165 motosikal serta lima kereta disita.

Sebanyak 5,000 kenderaan termasuk 2,244 motosikal dan 2,181 kereta diperiksa dalam operasi itu.

Seramai 1,238 pegawai dan anggota polis ditugaskan dalam pelbagai operasi termasuk Op Lancar bagi memantau lokasi strategik dari 17 Oktober hingga Rabu sempena Deepavali.

Kawasan operasi melibatkan kawasan perumahan, pusat hiburan, pusat beli-belah, kuil, lebuh raya utama dan pintu masuk sempadan negara.

Hasil operasi dan pemantauan tersebut, polis Johor telah membuat pemeriksaan ke atas 6,107 individu.

Operasi ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Alam Sekitar, pihak berkuasa tempatan, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Cape EMS strengthens confidence in smart infrastructure, renewable energy drive

Cape EMS Bhd has reaffirmed its commitment to the smart infrastructure and renewable energy project in Perak, clarifying that its collaboration with Perak Transit Bhd is strictly project-based and unaffected by recent market volatility.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img