the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pesawat terhempas: Malaysia sampaikan ucapan takziah kepada Azerbaijan

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini mengucapkan takziah kepada Azerbaijan di atas tragedi pesawat penumpang milik Azerbaijan Airlines yang terhempas di Kazakhstan, Rabu lepas.

Ucapan itu disampaikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, mewakili kerajaan Malaysia ketika hadir ke Pejabat Kedutaan Azerbaijan, di sini.

Mohamad menerusi catatan di Facebook berkata kerajaan dan rakyat Malaysia menzahirkan rasa dukacita dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Azerbaijan serta keluarga mangsa terlibat.

“Kerajaan Malaysia mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat-saat yang sukar ini.

“Malaysia mengulangi komitmen untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik dan persahabatan dengan Azerbaijan, dalam menghadapi cabaran bersama di peringkat antarabangsa,” katanya.

Pesawat Azerbaijan Airlines pada Rabu yang dalam perjalanan dari Baku ke bandar Grozny di Republik Chechen, Rusia, terhempas berhampiran Aktau, yang terletak di pantai Laut Caspian, dengan membawa 67 orang penumpang.

Pegawai Kazakhstan melaporkan seramai 38 orang terkorban dalam nahas itu manakala 29 terselamat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings