the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Projek Redline Sarawak dilaksanakan berfasa selepas peruntukan disalur

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

SIBU: Kerja menaik taraf jajaran Projek Redline di Sarawak akan dilaksanakan secara berfasa sebaik sahaja peruntukan disalurkan kepada Kementerian Kerja Raya.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata projek berkenaan merangkumi empat seksyen utama dan merupakan usaha menaik taraf jajaran jalan persekutuan sedia ada.

“Ramai tidak tahu bahawa ‘Redline’ ini bukan sebahagian daripada kontrak Pan Borneo asal,“ katanya selepas meninjau jajaran Seksyen Durin-Salim di sini.

Beliau menjelaskan jalan-jalan tersebut dibina sebelum projek Pan Borneo dan tidak dinaik taraf bersama projek itu.

“Kini, keadaannya semakin teruk, maka kita perlu bina semula dan naik taraf supaya sama taraf dengan jajaran Pan Borneo,“ tambahnya.

Projek Redline merupakan inisiatif strategik kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf jajaran jalan persekutuan empat lorong dua hala.

Projek ini mempunyai laluan sepanjang keseluruhan 136.74 kilometer meliputi empat seksyen utama.

Seksyen Durin-Salim sepanjang 40.27 kilometer mempunyai anggaran kos RM350 juta.

Seksyen Kemena sejauh 14.25 kilometer dengan kos RM86 juta manakala Seksyen Tudan sepanjang 9.7 kilometer.

Seksyen Batu Kawa-Padawan sepanjang 55.42 kilometer dengan anggaran kos RM345 juta.

Nilai keseluruhan projek dianggarkan melebihi RM900 juta.

Seksyen Durin-Salim telah mendapat kelulusan peruntukan sebanyak RM231 juta dalam Belanjawan 2026.

Jajaran ini akan menjadi yang pertama dilaksanakan kerana dikategorikan sebagai kritikal berikutan banyak kemalangan berlaku.

Nanta menyifatkan kelulusan peruntukan sebagai berita menggembirakan untuk rakyat Sarawak.

KKR bersama JKR Sarawak akan terus memperkukuh kerjasama memastikan projek dilaksanakan secara terancang.

“KKR dan JKR Sarawak sentiasa bekerjasama rapat,“ katanya.

Beliau menambah mereka turun padang setiap bulan untuk memantau perkembangan projek.

Dengan kelulusan peruntukan baharu ini, kerja menaik taraf dijangka dapat dimulakan tahun hadapan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

800,000 More Daily Journeys: Copenhagen’s Next Mobility Challenge

COPENHAGEN, DENMARK - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - There is something remarkable about Copenhagen.Stand in the city centre during rush hour and you will still hear bicycle bells, conversations spilling out from cafés and children walking to school.

Centriq PR Champions Purposeful Communication Through Social Impact Initiative

SELANGOR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - Centriq PR, independent Malaysian public relations consultancy, marked another milestone in its commitment to purposeful communication as Season 4 of its social impact initiative, We.R.Wira, culminated in the Golden Wira Awards Ceremony at Tan Yew Sing Auditorium, INTI International College Subang.

Most Viewed

spot_img