the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir Arena Kepayang Putra: KPKT tunggu laporan lengkap elak kejadian berulang

BATU GAJAH: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneliti langkah terbaik bagi mengatasi kejadian banjir di Arena Kepayang Putra, Fair Park, Ipoh, hari Ahad (Dis 1) dengan paras air mencecah 1.5 meter.

Menteri berkenaan Nga Kor Ming berkata pihaknya kini menunggu laporan penuh kejadian dan akan meneliti isu itu bagi mengelak insiden berulang.

“Dahulu tak pernah berlaku seperti ini, namun saya telah arahkan Jabatan Pengairan dan Saliran serta Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk dapatkan laporan penuh punca kejadian ini agar langkah pencegahan dapat dilakukan.

“Kalau ikutkan, taburan hujan yang luar biasa dan hujan melebihi 13 jam sejak malam semalam antara punca keadaan banjir ini dan saya gesa orang ramai mengambil langkah pencegahan akibat perubahan iklim yang berlaku sekarang,“ katanya pada sidang media selepas menghadiri Jamuan Pengumpulan Dana Bangunan DAP Parlimen Batu Gajah di sini hari ini.

Nga yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kepayang berkata kejadian itu disifatkan luar jangkaan apabila kali pertama penduduk berhadapan banjir dalam tempoh 28 tahun.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata setakat 5.30 petang tadi lebih 114 mangsa banjir berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

LPT3 implementation, vape issue among focus of Dewan Rakyat today

The proposed implementation of the LPT3 through a public-private partnership (PPP) model and measures to curb syndicates distributing harmful vape products targeting youths and school students are among the focus of the Dewan Rakyat sitting today.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings