the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Siasatan kes FashionValet dijangka selesai dua minggu lagi – Azam Baki

KAJANG: Siasatan membabitkan pasangan pengasas platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dijangka selesai dalam masa dua minggu.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata beliau telah mengarahkan siasatan kes berkenaan dipercepatkan.

“Saksi yang sudah dirakam keterangan masih lagi 14 orang dan mungkin empat orang saksi tambahan akan turut diambil keterangan,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Menembak SPRM Bersama Media 2024 di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia di sini yang turut disertai lebih 70 pengamal media.

Beliau berkata SPRM juga telah membekukan akaun FashionValet termasuk dari 30 Maple Sdn Bhd (30 Maple).

Ditanya samada SPRM dapat mengesan penyelewengan dalam siasatan kes berkenaan, beliau berkata ia masih belum boleh dikongsikan dan akan menyerahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk memutuskannya.

Media sebelum ini melaporkan pasangan pengasas FashionValet yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah dan PNB memberi keterangan kepada SPRM setelah suruhanjaya itu mengesan terdapat beberapa transaksi akaun mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah dan PNB dalam FashionValet.

Mengenai perkembangan terkini siasatan kartel pengagihan dan perbekalan kontrak baja melibatkan sebuah pertubuhan pula, Azam berkata pihaknya sedang menyiapkan siasatan yang dijangka selesai dalam masa beberapa minggu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings