the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DBKL disaran bangunkan sistem terowong utiliti tingkatkan penyelenggaraan

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disaran mempertimbangkan cadangan pembangunan sistem terowong utiliti iaitu Common Utility Tunnel (CUT) seperti digunakan di Putrajaya, sebagai usaha meningkatkan kecekapan projek penyelenggaraan utiliti bawah tanah di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata CUT di Putrajaya menyediakan perlindungan kepada infrastruktur utiliti seperti kabel elektrik, paip air dan telekomunikasi daripada kerosakan semasa pembinaan serta membolehkan akses selamat untuk penyelenggaraan.

“Sistem ini juga boleh diintegrasikan dengan pusat kawalan bandar menggunakan teknologi telemetri bagi pemantauan keselamatan dan dengan mengguna pakai teknologi ini, DBKL sudah pasti dapat meningkatkan kecekapan dan keselamatan dalam penyelenggaraan utiliti bawah tanah secara terancang serta menyeluruh.

“Ini seiring dengan visi CHASE City untuk bandar selamat, sihat dan lestari,“ katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan dibangkitkan oleh Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) tentang rancangan kerajaan untuk menaik taraf dan menyelenggara utiliti bawah tanah di Kuala Lumpur.

Dr Zaliha berkata penambahbaikan akan terus dilaksanakan bagi memperkasakan peranan DBKL dalam meningkatkan kecekapan penyelenggaraan utiliti bawah tanah di ibu negara.

Selain itu, beliau juga mencadangkan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur supaya DBKL mencontohi amalan terbaik pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara maju yang memainkan peranan lebih besar dalam pemetaan utiliti bawah tanah seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

PBT di negara-negara itu, katanya antara lain turut bertanggungjawab dalam koordinasi dan penyelarasan dengan pelbagai syarikat utiliti untuk memastikan kerja-kerja melibatkan utiliti bawah tanah dilakukan secara tersusun dan tidak mengganggu perkhidmatan atau infrastruktur lain.

Dr Zaliha berkata buat masa ini, DBKL hanya terlibat secara tidak langsung dalam mengawal selia kerja-kerja melibatkan utiliti bawah tanah, terutamanya dari aspek pengeluaran permit korekan, pemantauan keselamatan, dan memastikan kerja-kerja dilakukan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Manakala tanggungjawab bagi kerja naik taraf dan penyelenggaraan utiliti bawah tanah seperti pembetungan, bekalan air, elektrik dan telekomunikasi di Kuala Lumpur terletak pada syarikat-syarikat yang memiliki aset tersebut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Loan approvals taking longer following hire-purchase reform, dealers claim

Dealers told theSun that the HirePurchase (Amendment) Act 2026 had yet to produce any visible shift in sales or customer behaviour, although some reported slower loan processing and more questions about financing terms.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings