the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak perempuan hilang ketika ambil makanan di kereta, ditemukan selamat, dipercayai diculik

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang, 8 Okt lalu ditemui dalam keadaan selamat, kira-kira 2.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kanak-kanak berusia 12 tahun itu dilihat sedang berjalan kaki sebelum menaiki sebuah kereta berwarna hitam, dipercayai diculik dari penjagaan yang sah.

Beliau berkata susulan itu, sepasukan polis cawangan D8, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan, telah menahan enam individu warga tempatan di Segambut Dalam, Setia Alam dan Pandamaran kira-kira 5 petang semalam.

“Menerusi penahanan itu, polis juga merampas sebuah kenderaan berwarna hitam dipercayai digunakan semasa kejadian.

“Semakan terhadap kesemua suspek terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita berusia antara 13 hingga 24 tahun tersebut mendapati seorang daripada mereka mempunyai satu rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes tersebut telah diklasifikasikan semula kepada Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

“Permohonan reman ke atas kesemua suspek akan dipohon di hadapan Majistret Mahkamah Klang pada hari ini,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kanak-kanak itu dilaporkan hilang, selepas turun untuk mengambil makanan daripada kereta yang diparkir di bawah kediamannya di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1 di Klang. Siasatan awal mendapati dia disuruh ibunya, untuk berbuat sedemikian sekitar 2.20 petang 8 Okt lalu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings