the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis rampas produk kosmetik Thailand lebih RM90,000

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KOTA BHARU: Polis menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik yang dianggarkan bernilai RM94,500 di pangkalan haram Jitong, Pasir Mas, semalam.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 (PGA8) pada 5.30 petang itu, ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.

Beliau berkata ketika rondaan anggota bertugas ternampak pintu sebuah stor dalam keadaan terbuka berdekatan pangkalan haram berkenaan.

Susulan itu, anggota membuat pemeriksaan dan menemukan beberapa kotak berisi produk kosmetik dipercayai diseludup dari Thailand di dalam stor itu.

“Ketika pemeriksaan tiada sesiapa di kawasan stor dan dipercayai kesemua produk itu adalah untuk pasaran tempatan, manakala kesemua barangan kosmetik itu kemudiannya diserahkan ke Komtak Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya di bawah Seksyen 7(1)(E) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di sempadan negara dan tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

800,000 More Daily Journeys: Copenhagen’s Next Mobility Challenge

COPENHAGEN, DENMARK - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - There is something remarkable about Copenhagen.Stand in the city centre during rush hour and you will still hear bicycle bells, conversations spilling out from cafés and children walking to school.

Centriq PR Champions Purposeful Communication Through Social Impact Initiative

SELANGOR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - Centriq PR, independent Malaysian public relations consultancy, marked another milestone in its commitment to purposeful communication as Season 4 of its social impact initiative, We.R.Wira, culminated in the Golden Wira Awards Ceremony at Tan Yew Sing Auditorium, INTI International College Subang.

Most Viewed

spot_img