the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Belanjawan 2026: Kerajaan peruntuk RM32 juta tangani scam dan jenayah siber kanak-kanak

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM32 juta bagi menangani penipuan dalam talian atau scam dan ancaman siber termasuk jenayah seksual yang mengeksploitasi kanak-kanak di ruang siber menerusi Belanjawan 2026.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Agensi Keselamatan Siber Negara menubuhkan Pusat Pembangunan Keselamatan Siber dan Kriptologi bagi memperkukuh kedaulatan digital dan keselamatan siber negara.

“Pusat Respons Penipuan Kebangsaan kini dikemudi secara langsung oleh PDRM agar pengendalian kes penipuan kewangan lebih pantas dan cekap dengan peruntukan sebanyak 12 juta,” katanya ketika membentangkan belanjawan bertemakan “Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat” di Dewan Rakyat.

Anwar berkata peranan Bahagian D11 PDRM akan diperkasa dalam menangani jenayah seksual yang mengeksploitasi kanak-kanak di ruang siber dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.

“Ini bagi memodenkan sistem dan kepakaran forensik digital, selain menubuhkan Behavioural Science Unit yang menganalisis pola tingkah laku dan profil jenayah,” katanya.

Kerajaan bersetuju untuk membentangkan Rang Undang-Undang Antibuli 2025 pada sesi persidangan kali ini.

“Seluruh kekuatan dan tenaga jentera merentasi kementerian digembleng bagi mengekang gejala buli.”

Kementerian Pendidikan membangunkan Kerangka Antibuli Sekolah sebagai rangka menyeluruh pencegahan buli di sekolah.

“Ini termasuk memperkasakan peranan guru dan murid melalui Program Amalan Sekolah Penyayang.”

Kementerian Pendidikan Tinggi meningkatkan keselamatan mahasiswa di kampus dengan menambah CCTV dan menganjurkan program sahsiah serta kepimpinan sebagai bentuk pencegahan buli dan ragging.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyediakan sokongan psikososial melalui sesi kaunseling berkelompok.

Kementerian Komunikasi melaksanakan Kempen Internet Selamat bagi meningkatkan tahap kesedaran siber dalam kalangan murid sekolah.

Rakan Muda menggerakkan ikhtiar “Lawan Buli” dalam kalangan belia di akar umbi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings