the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DVS nafi keluarkan SKV bagi eksport produk makanan laut ke Turkiye

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) nafi mengeluarkan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) bagi produk makanan laut yang dieksport ke Turkiye.

Ia susulan pemakluman daripada pihak berkuasa Turkiye kepada jabatan itu mengenai dokumen SKV yang menggunakan nama dan cap DVS mengiringi produk makanan laut ke Turkiye.

“Perlu dijelaskan bahawa peruntukan kuasa di bawah Akta Binatang 1953 tidak merangkumi produk makanan laut. Oleh itu, DVS tidak mengeluarkan SKV bagi produk ini dan adalah menjadi tanggungjawab pengeksport untuk mendapatkan sijil kesihatan daripada pihak berkuasa berkaitan,“ menurut DVS dalam kenyataan hari ini.

Memandang serius perkara itu, DVS menjelaskan pemalsuan dokumen SKV boleh memberi implikasi negatif kepada reputasi jabatan, negara dan hubungan dagangan antarabangsa serta menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyalahgunakan nama dan cap jabatan.

Mana-mana individu yang melakukan pemalsuan atau membuat dokumen palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 463 atau 464 Kanun Keseksaan (Akta 574).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

800,000 More Daily Journeys: Copenhagen’s Next Mobility Challenge

COPENHAGEN, DENMARK - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - There is something remarkable about Copenhagen.Stand in the city centre during rush hour and you will still hear bicycle bells, conversations spilling out from cafés and children walking to school.

Centriq PR Champions Purposeful Communication Through Social Impact Initiative

SELANGOR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - Centriq PR, independent Malaysian public relations consultancy, marked another milestone in its commitment to purposeful communication as Season 4 of its social impact initiative, We.R.Wira, culminated in the Golden Wira Awards Ceremony at Tan Yew Sing Auditorium, INTI International College Subang.

Most Viewed

spot_img