the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
29.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perbuatan persoal usaha bantu rakyat Palestin biadap – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak kenyataan segelintir pihak yang mempersoalkan usaha murni kerajaan membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia untuk diberi rawatan.

Beliau berkata kenyataan yang buat oleh pihak tersebut biadap dan tidak tahu erti kemanusiaan.

Katanya beliau terpanggil untuk menjawab satu hantaran daripada seorang individu yang kononnya mengatakan ‘kalau bawa rakyat Palestin, jangan jejak bumi Sarawak’.

“Semalam saya di Kuching Sarawak untuk (penutupan) Sukan Malaysia (Sukma) dan saya sangat terpanggil untuk menjawab satu telahan daripada seorang yang…kata kononnya ‘kalau bawa rakyat Palestin, jangan jejak bumi Sarawak’.

“Itu pandangan yang paling biadap. Tidak tahu erti kemanusiaan,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin, sempena Sambutan Hari Masjid Sedunia 2024 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini.

Terdahulu seorang pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dari Sarawak telah memuat naik kenyataan itu di Facebooknya, mempersoal tindakan kerajaan membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia.

Mengulas lanjut, Anwar berkata individu sebegini seorang yang tidak faham akan isu kemanusiaan.

“Di mana kemanusiaan ini sehingga sentimen kaum atau wilayah menyebabkan sikap yang begitu?

“Mujurlah ini suara-suara kerdil dan jangan kita izinkan kerana jika diizinkan ia akan membiak, dan menjadi barah,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Defining Milestone for Gene Solutions: SPOT-MAS Multi-Cancer Screening Test Receives U.S. FDA Breakthrough...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Gene Solutions – a global biotechnology company advancing accessible genomic solutions for cancer detection and precision oncology, announced that SPOT-MAS 10 has received Breakthrough Device Designation from the U.S. Food and Drug Administration (FDA).

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings