the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 1, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

JPJ tawarkan diskaun 50% saman tertunggak mulai 1 November

JPJ beri diskaun 50% untuk semua saman tertunggak kecuali tidak boleh kompaun dari 1 Nov hingga 30 Dis 2025 sebelum tiada diskaun 2026

SUNGAI PETANI: Pengguna jalan raya mempunyai tempoh dua bulan untuk menjelaskan saman tertunggak Jabatan Pengangkutan Jalan dengan diskaun 50% bermula 1 November hingga 30 Disember ini.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli menyatakan diskaun tersebut terpakai untuk semua jenis saman kecuali yang tidak boleh dikompaun.

Beliau menggesa orang ramai mengambil peluang ini dengan membuat pembayaran di kaunter JPJ atau saluran pembayaran yang disediakan.

“Kita menggesa semua rakyat mengambil peluang yang diberi dalam tempoh dua bulan ini bagi menjelaskan saman masing-masing kerana kita akan memulakan diskaun 50% mulai 1 November hingga 30 Disember 2025.”

“Ia untuk semua jenis saman, bukan untuk saman AwAS, Notis Temu Siasat dan Notis Saman Tampal yang kita gerakkan dari awal tahun lepas, tapi untuk semua jenis saman kecuali saman yang tidak boleh dikompaun iaitu yang perlu dibawa ke mahkamah.”

Aedy Fadly memberi amaran bahawa mulai 1 Januari 2026 tiada lagi diskaun akan dikeluarkan kepada umum termasuk saman JPJ dan saman PDRM.

Sementara itu, beliau memaklumkan JPJ sedang melaksanakan Op Perang Lebih Muatan bermula 14 Oktober hingga 31 Disember ini.

Operasi ini bertujuan membanteras isu kenderaan perdagangan yang membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Setakat ini, sebanyak 27,300 kenderaan telah diperiksa dengan 1,017 dikesan membawa barangan melebihi muatan.

Sebanyak 1,696 pemandu dan pemilik kenderaan telah disaman mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

Sebanyak 96 lori turut disita dalam operasi tersebut.

Kebanyakan kenderaan yang disasarkan membawa muatan seperti batu, kerikil, dan besi dari hotspot seperti kuari atau kilang besi.

Aedy Fadly menegaskan JPJ sentiasa komited mempergiatkan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan infrastruktur awam terpelihara. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Singapore’s Asean Football Success Built on Sasikumar’s Shoulder

In the 1998 ASEAN Championship final against Vietnam, Sasikumar scored the only goal of the match in the 71st minute. A cross from Kadir Yahaya saw Sasikumar challenge goalkeeper Trần Tiến Anh, and the ball ricocheted off his shoulder into the net, giving Singapore their first-ever ASEAN title.Despite battling a knee injury, Sasikumar was determined to play, and his strong bond with coach Barry Whitbread's squad played a key role in their success. Singapore topped their group and defeated Indonesia in the semifinals before facing hosts Vietnam in a packed Hàng Đẫy Stadium for the final.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories