the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hajiji: Sabah sedia peruntukan RM101 juta untuk biasiswa, dermasiswa tahun ini

TUARAN: Kerajaan Negeri Sabah memperuntukkan sebanyak RM101 juta untuk biasiswa dan dermasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor (gambar) berkata peruntukan itu adalah antara inisiatif bantuan pendidikan disediakan kerajaan negeri bagi memperkasakan sektor pendidikan di Sabah.

“Kerajaan negeri terus memperuntukkan bajet yang lebih besar bagi memastikan rakyat Sabah mendapatkan pendidikan yang sempurna,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS) Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran 2023 di sini hari ini.

Beliau meminta warga pendidik terus melakar kejayaan, bersemangat dan menunjukkan budaya kerja berprestasi tinggi untuk melahirkan modal insan yang terdidik serta mampu bersaing di persada global.

Menurut beliau, dunia pada hari ini menuntut modal insan yang berjiwa kental dan cemerlang agar dapat bersama-sama membina negara bangsa.

“Pembangunan pendidikan sentiasa diberikan keutamaan kerajaan negeri. Ini kerana pendidikan penting untuk mengubah nasib anak bangsa. Ini selaras dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dengan pembangunan modal insan antara agenda utama yang diberi penekanan kerajaan negeri.

“Justeru, peranan dan sumbangan guru amat penting dan bermakna dalam memastikan generasi baharu yang lahir dapat memenuhi segala ruang serta peluang yang ada sekali gus mendepani apa jua cabaran mendatang,” katanya.

Hajiji turut menggesa warga pendidikan di Sabah, khususnya di Tuaran agar melakukan anjakan perubahan dan penambahbaikan untuk meningkatkan pencapaian pendidikan termasuk sahsiah pelajar di sekolah masing-masing.

Beliau berkata kerajaan negeri juga terus bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha meningkatkan pembangunan pendidikan di Sabah. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings