the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Imigresen: 8,678 pendatang tanpa izin dissabah dihantar pulang sepanjang tahun lepas

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah telah melaksanakan penghantaran pulang 8,678 pendatang tanpa izin ke negara asal mereka sepanjang tahun lepas.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata program penghantaran pulang ke negara asal berkenaan dilakukan secara konsisten sekurang-kurangnya dua kali sebulan.

“Proses penghantaran berkenaan dilaksanakan sebanyak 83 kali iaitu 41 kategori laut (laluan laut) dan 42 kategori udara. Untuk tahun ini kita telah menghantar pulang sebanyak 1,529 pendatang sehingga 25 Jan lepas,“ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata untuk operasi penguatkuasaan, JIM Sabah telah melaksanakan 1,463 operasi di seluruh Sabah dan sebanyak 30,918 orang telah diperiksa dan 4,108 ditahan serta 22 majikan didakwa atas pelbagai kesalahan.

Ditanya mengenai kesesakan di depoh tahanan Imigresen di Sabah, SH Sitti Saleha berkata masalah berkenaan tidak lagi berlaku dan situasi itu ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

“Pada masa itu kita tidak dapat melaksanakan program penghantaran pulang disebabkan negara asal mereka tidak membenarkan sesiapa sahaja masuk disebabkan COVID-19 pada ketika itu. Namun kini, kita boleh menghantar mereka dan kesesakan itu tidak berlaku lagi,“ katanya.

Sementara itu, SH Sitti Saleha berkata bertindak atas maklumat risikan pihaknya telah menahan empat individu warga tempatan dan 11 warga asing dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran dalam operasi di Penampang dekat sini, Sabtu lepas.

“Empat individu berkenaan iaitu dua lelaki dan dua wanita berusia 25 hingga 56 tahun dan menjadi dalang membawa masuk warga asing dari Filipina ke Sabah,” katanya.

Beliau berkata ketika operasi itu pegawainya membuat pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan dipandu dalang kes berkenaan bergerak dari Sandakan menuju Kota Kinabalu dan menemukan sembilan orang warga asing dalam kenderaan tersebut.

Katanya, sindiket membawa masuk warganegara asing khususnya dari Filipina dengan bayaran sekitar RM1,500 hingga RM2,500 bagi seorang warga asing dengan modus operandi menggunakan Pulau Bakungan Besar, Filipina sebagai transit sebelum memasuki negeri ini.

“Serbuan dibuat di sebuah rumah dan telah menahan tiga lagi dalang serta empat lagi warga asing yang turut terlibat dalam kes tersebut. Semua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Kota Kinabalu, Sabah untuk siasatan dan tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata antara kesalahan yang dikenal pasti adalah tiada dokumen pengenalan diri, dan lain-lain kesalahan di bawah Seksyen 55E iaitu membenarkan imigran untuk masuk dan tinggal di premis dan Seksyen 26(A) Akta Anti pemerdangan orang, dan Anti Penyeludupan Migran 2007 iaitu penyeludupan imigran. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings