the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jepun mula fasa keempat lepas air terawat dari loji nuklear Fukushima

TOKYO: Jepun pada Rabu mula melaksanakan fasa keempat pelepasan air radioaktif terawat dari loji kuasa nuklear (NPP) Fukushima yang dijadualkan berlangsung sehingga 16 Mac, menurut data Tokyo Electric Power Company (TEPCO).

Pengendali loji itu merancang untuk melepaskan sebanyak 7,800 tan air ke Lautan Pasifik, lapor Sputnik.

Tiga pusingan pelepasan air terawat sebelum ini dari NPP Fukushima telah dijalankan pada Ogos, Oktober dan November 2023.

Jepun mula melepaskan sebahagian daripada anggaran 1.34 juta tan air terawat dari NPP Fukushima ke laut pada Ogos 2023 walaupun terdapat bantahan daripada negara jiran dan nelayan tempatan.

Secara keseluruhan, lebih 31,000 tan air radioaktif terawat akan dilepaskan pada tahun fiskal 2023 yang berakhir pada 31 Mac.

Keseluruhan proses dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 30 tahun. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings