the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRK KKB: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah – Ramanan

SUNGAI BULOH: Pengundi Kuala Kubu Baharu diharap tidak terpengaruh dengan taktik pihak lawan yang menyebarkan fitnah, demi meraih sokongan dan undian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan yang juga Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata semasa tempoh berkempen, akan wujud pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan kaedah kempen yang tidak sihat, termasuk menggunakan platform media sosial untuk menyebarkan fitnah.

“Ini penting untuk semua pengundi Kuala Kubu Baharu, untuk berhati-hati dan dengar kepada maklumat yang betul, ada pelbagai maklumat (ketika kempen) dan kebanyakannya berunsurkan fitnah.

“Akan ada video-video lama yang sengaja disiar semula sebagai kempen yang kotor. Kita mahukan suasana kempen yang bersih dan rakyat perlu dapatkan maklumat daripada laporan media yang sahih,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang berlangsung di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh di sini, hari ini.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu yang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, Parti Rakyat Malaysia dan Bebas, diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada 11 Mei ini, manakala pengundian awal pada 7 Mei.

Mengenai majlis rumah terbuka itu, Ramanan berkata ia sebagai usahanya untuk menyantuni rakyat di Parlimen itu, selain menjadi platform mengerat keharmonian masyarakat berbilang kaum sempena Aidilfitri.

Majlis yang berlangsung bermula 12 tengah hari sehingga petang itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 4,000 pengunjung dan diserikan dengan persembahan artis tempatan.

Pada majlis sama, Ramanan turut menyampaikan sumbangan kepada 200 ahli pengurusan jenazah sekitar Parlimen Sungai Buloh termasuk penggali kubur, pemandu van jenazah dan siak (masjid dan surau).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings