the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Presiden Ukraine: 31,000 tentera Ukraine terbunuh dalam perang dengan Rusia

ANKARA: Seramai 31,000 tentera Ukraine telah terbunuh dalam perang antara negara itu menentang Rusia, kata Presidennya Volodymyr Zelenskyy pada Ahad.

Bercakap pada sebuah forum di ibu negara Kyiv, Zelenskyy menafikan bahawa seramai 300,000 tentera Ukraine terbunuh dalam perang sejak dua tahun lepas seperti dakwaan Presiden Rusia, Vladimir Putin, lapor Agensi Anadolu.

“Tetapi setiap kehilangan ini adalah satu kerugian besar bagi kami,“ katanya pada forum bertajuk “Ukraine Year 2024”.

Zelenskyy tidak mendedahkan bilangan tentera Ukraine yang cedera, menegaskan dengan berbuat demikian akan membantu perancangan tentera Rusia.

Ini adalah kali pertama Kyiv mengesahkan bilangan kematian dialami negara itu sejak Moscow melancarkan “operasi ketenteraan khas” ke atas negara itu pada 24 Feb 2022. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings