the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan setuju tingkat kecekapan makmal patologi, peruntuk RM230 juta

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan kecekapan dan kapasiti makmal patologi bagi menguji dadah dengan peruntukan berjumlah RM230 juta.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi JKMD Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata cadangan itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf lapan makmal dadah sedia ada di Kuala Lumpur, Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak serta menubuhkan enam makmal dadah baharu di Pahang, Perak, Selangor, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata peningkatan keupayaan makmal patologi ini akan memberikan impak positif kepada kelancaran proses pengurusan kes-kes berkaitan dadah oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Polis Diraja Malaysia khususnya dan sistem kesihatan secara amnya.

“Menyedari perubahan trend pengedaran dan penyalahgunaan dadah, naratif baharu Pelan Komunikasi Membanteras Gejala Dadah adalah perlu dilihat semula dengan mengambil kira kos minimum namun memberikan kesan efektif yang tuntas kepada khalayak.

“Profil penyalahgunaan dan penagih dadah serta bahan terlarang untuk 2021 hingga 2023 bagi setiap negeri menunjukkan trend meningkat dan Kempen Antidadah akan dilaksanakan bermula tahun ini hingga 2025 yang berfokuskan kepada matlamat ‘Lebih Baik Cegah’ dengan mesej ‘Pencegahan dadah bermula di rumah’ serta menggunakan tagline ‘Tak Payah, Tak Nak’,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu di Bukit Aman di sini hari ini.

Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Menurut Ahmad Zahid, mesyuarat JKMD Tahun 2024 ini adalah mesyuarat pertama yang diadakan setelah Arahan Perdana Menteri No. 1 Tahun 2024: Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Membanteras Gejala Dadah diluluskan bagi menggantikan Arahan Perdana Menteri No. 1 Tahun 2004.

“Melalui arahan ini, Mesyuarat Majlis Penyelarasan JKMD yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri ditubuhkan bagi memastikan segala dasar dan keputusan yang dibuat oleh JKMD dilaksanakan dengan penuh komitmen dan berterusan oleh agensi-agensi pelaksana yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata mesyuarat turut dimaklumkan bahawa kajian menunjukkan keluarga merupakan faktor pelindung kepada individu daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

“Daripada keseluruhan klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tahun 2023 yang berjumlah 75,291 orang, sebanyak 24.1 peratus atau seramai 18,115 orang klien mempunyai ahli keluarga yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

“Sehubungan itu, pendekatan program keluarga perlu diperkukuh dengan menggalakkan kefungsian setiap ahli keluarga dan mewujudkan interaksi keluarga yang aktif,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings