the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JKDM beli 20 ekor anjing pengesan dadah libatkan kos RM1.9 juta

NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas ‘backscatter’ bagi memastikan usaha membanteras penyeludupan dadah di negara ini lebih efektif.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad berkata pihaknya akan menerima anjing pengesan iaitu jenis Labrador dan German Shepherd melibatkan kos RM1.9 juta, Jun ini.

“Ketika ini Kastam mempunyai 20 anjing pengesan dadah, perolehan baharu ini juga 20 ekor akan diletakkan di setiap negeri. Bagi kos mesin backscatter itu saya tidak mempunyai maklumat terperinci.

“Kita juga sedang mengkaji sistem pengesan diguna pakai seperti di Korea Selatan kerana di sana ada sistem saringan canggih dan kita harap sistem digunakan itu nanti ialah mesin pengimbas yang mempunyai keupayaan kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan dadah,“ katanya pada sidang media di Cawangan Narkotik Kastam, di sini hari ini.

Beliau menjelaskan menerusi sistem imbasan digunakan di Korea Selatan itu, semua bungkusan disaring dan imej itu dihantar kepada kumpulan pegawai kastam yang bertugas dalam bilik kawalan.

Menurutnya kira-kira 20 pegawai kastam yang berada dalam bilik kawalan itu akan mengenal pasti imej barangan dihantar daripada kurier melalui skrin disediakan dan sekiranya terdapat barangan mencurigakan, syarikat kurier terbabit akan dipanggil untuk pemeriksaan lanjut barangan tersebut.

Dalam pada itu Sazali berkata bagi suku pertama tahun ini, JKDM merekodkan rampasan 139 kes narkotik bernilai RM29.556 juta melibatkan lima jenis komoditi narkotik dan perkhidmatan kurier merekodkan 73 peratus daripada jumlah perolehan kes.

Beliau berkata rampasan melibatkan 27 kes Methaphetamine dengan nilai RM27 juta selain lima kes heroin, tujuh kes ekstasi, 56 kes ganja dan dua kes ketamin.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Generative AI guidelines help universities manage technology use

MOHE Deputy Minister Adam Adli Abdul Halim said following the guidelines, universities had developed their own guidelines and standard operating procedures (SOPs) based on the framework provided by the ministry to ensure generative AI was used ethically.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings