the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Timbalan Menteri Kewangan: Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans

KUALA LUMPUR: Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium atau sumbangan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT).

Timbalan Menteri Kewangan Lin Hui Ying (gambar) berkata isu inflasi kos perubatan memerlukan tindakan bersepadu oleh semua pihak untuk memastikan akses kesihatan dan produk MHIT kekal mampan dan mampu milik dalam jangka masa panjang.

“Kerjasama dengan Kementerian Kesihatan juga sedang dipergiat untuk melaksanakan inisiatif yang terkandung dalam Kertas Putih Kesihatan berkaitan pemerkasaan sistem kesihatan negara,“ katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) yang ingin tahu tentang usaha Kementerian Kewangan melalui Bank Negara untuk mengawal selia penetapan premium insurans kesihatan oleh syarikat insurans susulan terdapat banyak rungutan daripada pelanggan tentang peningkatan keterlaluan premium insurans kesihatan yang dikenakan pada masa ini.

Lin berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini menerbitkan panduan terkini perniagaan MHIT bertujuan untuk mendorong penggunaan perkhidmatan kesihatan yang lebih bertanggungjawab menerusi reka bentuk produk yang lebih inovatif termasuk memperkenalkan ciri-ciri perkongsian kos yang lebih bermakna.

Selain itu, panduan tersebut juga akan dapat menyokong pengawalan kos yang lebih berkesan dan telus melalui penubuhan pangkalan data tuntutan bersepadu serta meningkatkan standard amalan perniagaan penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO).

Beliau berkata ITO perlu menyediakan komunikasi yang jelas dan menawarkan pilihan kepada pengguna yang terbeban untuk mengubah atau menukar pelan MHIT mereka kepada pelan yang lebih mampu milik atau menstruktur semula bayaran premium atau sumbangan secara beransur-ansur.

“Bagi pengguna yang menghadapi kesulitan meneruskan pembayaran premium atau sumbangan, mereka digalakkan untuk menghubungi ITO masing-masing.

“Sekiranya mereka tidak menerima perkhidmatan yang memuaskan daripada ITO, aduan juga boleh disalurkan kepada Bank Negara Malaysia melalui saluran eLINK di bnm.gov.my/LINK,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings