the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penghantar makanan mengaku tidak bersalah cederakan isteri

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan isteri dengan memukul bahagian muka dan badan wanita itu, semalam.

Muhammad Ali Naa Foo Lim, 27, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 28 tahun di sebuah bilik di Bandar Tasik Selatan, Cheras pada 1 tengah hari.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Muhammad Ali yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah dengan alasan dia menanggung keluarga serta tidak lagi tinggal bersama isterinya.

Majistret Illi Marisqa Khalizan kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bersyarat tambahan seperti dipohon pendakwaan dan menetapkan 19 Feb untuk sebutan kes. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings