the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kastam rampas 42,000kg beras hancur diseludup dari negara jiran

ALOR SETAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan kegiatan sindiket dalam aktiviti penyeludupan beras hancur seberat 42,000 kilogram (kg) dari negara jiran di Pokok Sena pada 6 Feb lepas.

Pengarah JKDM Kedah Nor Izah Abd Latiff berkata sepasukan anggota dari Cawangan Penguatkuasaan Alor Setar menerima maklumat daripada orang awam dan berjaya mengesan serta mengekori sebuah treler dengan nombor pendaftaran tempatan untuk menyeludup beras ke Malaysia.

“Treler berkenaan memasuki negara dari Thailand melalui pintu masuk Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Durian Burung pada 6 Feb dan mengikrarkan sebagai tidak bermuatan.” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, anggota penguat kuasa telah mengekori treler berkenaan sebelum menahan kenderaan itu di tepi jalan di Pokok Sena manakala pemandunya melarikan diri dan gagal diberkas.

“Hasil pemeriksaan…ditemukan sejumlah 840 beg guni berisi beras hancur seberat 42,000 kg. Anggaran nilai rampasan berjumlah RM105,000,“ katanya menambah beras hancur tersebut dipercayai untuk dicampur dengan beras tempatan atau beras yang diimport bagi mengaut keuntungan lebih. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings