the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ibu tunggal di Terengganu jadi wanita pertama disebat kerana berkhalwat

KUALA TERENGGANU: Seorang ibu tunggal di Terengganu menjadi wanita pertama di negeri itu yang dikenakan hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana berkhalwat.

Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu Rosdi Harun menjatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM4,000 selepas Nurfifi Amira Nawi, 37, mengaku bersalah bagi kesalahan di bawah Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) (Pindaan) 2022.

Nurfifi Amira mengaku berada bersama-sama seorang lelaki berusia 40 tahun yang bukan suami atau mahramnya di sebuah rumah di Kemaman pada kira-kira 3.15 petang 31 Jan lepas.

Sebelum ini, wanita itu pernah disabitkan bagi kesalahan di bawah seksyen yang sama pada 2018 dan telah dikenakan hukuman denda.

Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) (Pindaan) 2022, kesalahan khalwat kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman maksimum sebatan enam kali, denda RM5,000 atau penjara tiga tahun.

Rosli memerintahkan hukuman ke atas Nurfifi Amira, yang mempunyai seorang anak, dijalankan pada 6 Mei ini di Penjara Marang jika beliau gagal mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini dan hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Terdahulu, hakim berkenaan menasihati Nurfifi Amira supaya segera bernikah secara sah mengikut hukum syarak bagi menghindari perbuatan khalwat.

“Pada saya, (bagi) penyakit khalwat ubat paling besar adalah nikah yang sah daripada segi hukum syarak.

“Jangan nikah (di) Golok (Thailand). Kamu beri alasan hendak nikah tetapi tindakan tidak ada, jadi ini tidak insaf,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings