the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mayat dengan kesan tusukan ditemukan di Taman Tunku, Miri

KUCHING: Mayat seorang lelaki dengan kesan tusukan di bahagian muka dan leher ditemukan di sebuah bangunan di Taman Tunku, Miri, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata laporan penemuan mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu telah diterima pada 9.30 pagi semalam daripada orang awam.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, seorang lelaki telah ditemukan dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di hadapan sebuah bangunan.

“Sejurus menerima laporan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah bergegas ke lokasi dan mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian,“ katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Alexson berkata susulan daripada siasatan yang dijalankan, polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu diminta tampil ke Balai Polis berdekatan bagi membantu siasatan atau menghubungi ASP Dorairajah di talian 085-433730. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings