the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Operasi susulan banteras warga asing akan dilaksanakan: Ketua polis KL

KUALA LUMPUR: Satu operasi susulan menggempur pendatang tanpa izin akan dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Beliau berkata operasi berkenaan sama seperti yang dijalankan di Jalan Silang pada Disember tahun lepas.

“Kita tahu warga asing banyak, sama ada yang mempunyai dokumen atau tidak. Secara umumnya kebanyakan mereka yang bekerja memilik dokumen.

“Kita tidak nafikan terdapat mereka yang tidak mempunyai dokumen iaitu warga asing atau pendatang tanpa izin,” katanya ketika program jelajah mesra di Jalan Chow Kit malam ini.

Allaudeen berkata program jelajah mesra di Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib itu diadakan susulan beberapa laporan yang kurang baik menerusi media berkaitan lokasi berkenaan.

“Kita bawa rakan media pada malam ini bagi melihat sendiri keadaan di Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib yang satu ketika dulu dikenali dengan aktiviti pelacuran, pondan dan dadah.

“Alhamdulillah, hari ini kita tengok kawasan ini jauh lebih baik berbanding 20 tahun lepas. Kita telah bersihkan dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings