the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bunuh teman wanita: Warga Indonesia terlepas tali gantung, diganti hukuman penjara 35 tahun

PUTRAJAYA: Seorang lelaki warga Indonesia yang didapati bersalah membunuh teman wanitanya sebelum menyembunyikan mayat reput mangsa dalam beg pakaian, terlepas tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 35 tahun.

Panel tiga hakim terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil membuat keputusan itu selepas mengetepikan hukuman yang dijatuhkan ke atas Ermiadi, 32.

Bagaimanapun, Tengku Maimum menolak rayuan Ermiadi terhadap sabitan selepas memutuskan bahawa ia adalah selamat.

Beliau mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 17 Okt 2017 dan disebat sebanyak 12 kali.

Ermiadi dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2019 selepas didapati bersalah membunuh Romsari Sitanggang, 20-an, juga warga Indonesia, di sebuah rumah kedai di Jalan Maxwell, Pekan Rawang, Selangor di antara 6.46 pagi hingga 8 pagi 12 Okt 2017.

Rayuan Ermiadi ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 19 Julai 2022.

Menurut fakta kes, Ermiadi membawa mangsa ke premis yang didiaminya dan pasangan itu menghabiskan masa bersama sebelum makan malam dengan rakan sekerja tertuduh.

Selepas itu, rakan sekerja tertuduh meninggalkan pasangan kekasih tersebut.

Dua hari kemudian, seorang penyelia restoran yang menyewa sebuah bilik di premis sama yang merupakan kedai judi dalam talian mengadu mengenai bau busuk di premis itu dan telah bersemuka dengan Ermiadi yang mendakwa ia berpunca daripada tikus yang mati di biliknya.

Penyelia restoran itu kemudian membuka pintu bilik Ermiadi dan melihat terdapat kesan darah di atas lantai dan sesuatu yang ditutup dengan selimut sebelum membuat laporan polis.

Polis yang bergegas ke lokasi itu menjumpai mayat seorang wanita dalam keadaan reput di dalam sebuah beg pakaian di bilik Ermiadi dan kamera litar tertutup di premis itu menunjukkan seorang lelaki telah menjerut leher seorang wanita sehingga tidak sedarkan diri sebelum dibawa masuk ke dalam bilik.

Ermiadi ditahan beberapa hari selepas itu.

Tertuduh diwakili peguam Gooi Soon Seng manakala Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee hadir bagi pihak pendakwaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings