the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penduduk sekitar kawasan banjir mohon TNB periksa tiang, kabel elektrik, pastikan selamat

KUALA KRAI: Beberapa penduduk di Kampung Tualang dan Kampung Batu Mengkebang di sini meluahkan rasa bimbang apabila ada beberapa tiang elektrik di kawasan sekitarnya kelihatan senget dan seakan-akan mahu tumbang, selain ada kabel yang sudah kendur.

Penduduk Kampung Tualang Che Romah Sapain, 68, berkata struktur tiang yang senget itu bukan sahaja membahayakan penduduk di kawasan berdekatan malah boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya.

“Ada beberapa tiang elektrik yang dekat dengan rumah dan jalan raya kelihatan macam dah nak tumbang. Kalau pihak Tenaga Nasional (TNB) tidak datang pantau dan betulkan tiang ini ia amat bahaya untuk penduduk di kawasan sekitar,“ katanya.

Bagi Abdullah Deris, 65, yang menetap di Kampung Hujung Tanjung, beliau berpendapat TNB perlu mengalihkan tiang berkenaan, atau memastikan kabel elektrik yang berdekatan dengan sungai tidak memberi sebarang masalah kepada penduduk setempat,“ katanya.

“Ada juga kabel elektrik yang didirikan berhampiran sungai kelihatan kendur, jadi ia sangat bahaya kerana jika paras air naik dan terkena kabel terbabit, pasti akan berbahaya terutama kepada penduduk yang menggunakan perahu untuk memukat ikan.

Sementara itu Siti Faezah Manaf, 32, dari Kampung Batu Mengkebang pula berharap pihak TNB dapat memeriksa pencawang elektrik dan kabel sepanjang jalan untuk ke kampungnya bagi memastikan ia tidak membahayakan penduduk yang melalui laluan berkenaan.

“Kadang-kadang kita tengok pun gerun dengan kabel yang kendur, pencawang elektrik yang senget sebab kita tidak mahu apabila berlaku perkara tidak diingini baru nak ambil tindakan,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings