the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan P.Pinang komited dalam usaha penjanaan pendapatan baharu

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang komited dalam usaha mempelopori penjanaan pendapatan baharu menerusi lain-lain sumber demi terus memacu pembangunan negeri ini secara menyeluruh, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow (gambar).

Beliau berkata usaha itu yang termasuk eksplorasi dan pemetaan hidrokarbon seismik membabitkan sumber minyak serta gas yang berkualiti tinggi kini sedang dijalankan di perairan Pulau Pinang dan dijangka selesai pada penghujung tahun ini.

“Syarikat minyak dan gas multinasional negara yang merupakan pihak yang melaksanakan kajian berkaitan akan membentangkan hasil penemuan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang kelak.

“Selain itu, kerajaan negeri juga akan menerokai peluang-peluang pelaksanaan Projek Secara Kerjasama Awam Swasta yang boleh menjana hasil kepada Kerajaan Negeri,” katanya pada sesi penggulungan Belanjawan 2024 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Chow turut menyentuh mengenai unsur nadir bumi yang terdapat di beberapa negeri di Malaysia seperti Kedah, Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan dan Johor yang berpotensi sebagai sumber pendapatan negeri masing-masing.

“Bagi negeri Pulau Pinang, berdasarkan kajian persampelan di beberapa lokasi seperti Teluk Bahang, Balik Pulau dan di sekitar Nibong Tebal oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), didapati Pulau Pinang juga mempunyai sumber nadir bumi yang dianggarkan bernilai RM100 bilion.

“Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sedang mengatur perbincangan dengan JMG untuk mendapatkan khidmat nasihat,” katanya.

Chow berkata Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah meluluskan kawasan Kenering, Daerah Gerik di Perak sebagai projek perintis.

Namun, katanya pihak kementerian belum mengedarkan Garis Panduan Pengeluaran Mineral Nadir Bumi kepada negeri-negeri dan kemungkinan ia sedang diteliti untuk dimasukkan syarat-syarat bersesuaian.

“Dokumen ini menjelaskan secara holistik mengenai rantaian aktiviti perlombongan dan prosedur yang perlu dipatuhi agar aktiviti yang dijalankan menepati kehendak perundangan dan keselamatan yang berkaitan.

“Prosedur ini ditetapkan bagi memelihara kemampanan industri perlombongan, keselamatan dan kesejahteraan penduduk serta perlindungan terhadap alam sekitar,” katanya.

Berhubung isu peletakan jawatan Datuk Seri Lee Kah Choon sebagai Penasihat Khas Pelaburan Kepada Ketua Menteri serta sebagai Ahli Lembaga Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Invest Penang, Chow berkata Lee telah lama berhasrat untuk mengundurkan diri, khususnya pada 2022.

Beliau berkata ia bagi mengelakkan konflik kepentingan selepas dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (pengarah bukan bebas) beberapa syarikat tersenarai di Bursa Saham.

“Namun begitu, saya telah memohon untuk menangguhkan peletakan jawatan ini sehingga selesai Pilihan Raya Negeri (PRN). Maka itu, sebaik selesai PRN, beliau telah membuat permohonan semula dan saya menerima peletakan jawatan beliau pada akhir September 2023,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings