the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perkongsian strategik Malaysia Airlines-Huawei lonjak pasaran pelancongan luar China

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menjalinkan perkongsian strategik dengan firma utama teknologi China, Huawei untuk mendapatkan gambaran lebih luas mengenai pilihan pengembara dan menganalisis aliran pasaran secara berkesan, sekali gus mempertingkatkan pendekatan perkhidmatannya yang mengutamakan pelanggan.

Dalam kenyataan pada Ahad, syarikat penerbangan nasional itu menjelaskan Perkhidmatan Awan Pengguna Huawei, melalui platform pemasaran Petal Ads, akan menyediakan perkhidmatan pengiklanan, pemasaran dan pengewangan trafik untuk Malaysia Airlines, memudahkan pengembangannya ke dalam pasaran China.

Anak syarikat Malaysia Aviation Group (MAG) itu juga akan memanfaatkan Platform Pengiklanan Perkhidmatan Awan Pengguna Huawei untuk memperkukuh jenama dan perkhidmatannya di pasaran China, mengoptimumkan pengalaman pelanggan dan seterusnya menarik pengembara China untuk memilih Malaysia Airlines bagi keperluan perjalanan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif MAG Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata syarikat penerbangan itu berharap dapat meneroka laluan dan peluang baharu yang akan mengukuhkan kedudukannya di rantau ini dan memperluas pengaruh di peringkat global sebagai pintu masuk ke Asia dan selain Asia.

“Perkongsian strategik ini bertujuan untuk lebih menggiatkan usaha kami dalam penglibatan pelanggan dengan menyediakan pengalaman yang sangat diperibadikan dan penyelesaian inovatif yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan unik pasaran,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pertumbuhan Perniagaan Perkhidmatan Awan Huawei Vincent Wen berkata melalui usaha yang menumpukan strategi setempat serta memanfaatkan kehadiran jenama dan saluran pemasaran Huawei yang mantap di China, Malaysia Airlines boleh meningkatkan ketampakannya dan penembusan pasarannya dengan ketara bagi kalangan pengembara China.

“Penjajaran strategik antara Huawei dan Malaysia Airlines ini menggabungkan kehebatan teknologi, kepakaran pasaran dan inovasi, membuka peluang menarik dalam landskap pelancongan China yang dinamik,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings