the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JKKP siasat insiden pekerja kilang kitar semula maut terjatuh ketika lakukan pembersihan

SHAH ALAM: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor telah mengarahkan sepasukan pegawainya menyiasat insiden seorang pekerja lelaki maut akibat terjatuh dari tempat tinggi ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah kilang kertas kitar semula di Banting Rabu lepas.

JKKP Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia menerima maklumat mengenai insiden yang berlaku pada 2.20 petang itu selepas tular di media sosial.

Menurut JKKP, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 22 tahun bersama seorang rakannya telah ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di bahagian pully pada mesin konveyor solid fuel secara manual iaitu menggunakan penyodok.

“Ketika kejadian, penyodok dan badan mangsa tersangkut di antara pully dan tali sawat konveyor yang sedang beroperasi menyebabkan mangsa tertarik dan berpusing pada pully lalu terjatuh ke bawah melalui sebuah lubang belting tensioner yang berada bersebelahan dengan pully tersebut,“ katanya.

Kenyataan itu memaklumkan mangsa terjatuh dari ketinggian kira-kira 24 meter dan pegawai perubatan mengesahkan dia meninggal dunia ketika tiba di hospital.

Susulan itu, JKKP Selangor telah mengeluarkan notis larangan serta-merta atas kegagalan majikan untuk memastikan sistem kerja selamat sehingga berlakunya kemalangan termasuk larangan kacau ganggu di kawasan kemalangan.

Menurut JKKP, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan serta pihak yang bertanggungjawab manakala majikan bakal berdepan tindakan perundangan jika terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings