the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hubungan Malaysia-China terbina atas ikatan rasa saling menghormati, persefahaman – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetengahkan sikap mesra dan saling menghormati kepimpinan China, dengan memberi penekanan kepada pemahaman mendalam berhubung perbezaan budaya, dalam interaksinya dengan Perdana Menteri China Li Qiang.

Dalam ucapannya di majlis makan tengah hari Komuniti Perniagaan Malaysia-China hari ini, beliau menyentuh tentang skeptisisme yang sering dibangkitkan oleh pemerhati antarabangsa khususnya dari negara Barat, mengenai hubungan dua hala yang ditingkatkan antara Malaysia dan China.

Beliau berkata pengkritik kerap mempersoalkan sama ada perkongsian strategik yang komprehensif itu akan memudaratkan Malaysia, sebuah negara yang lebih kecil.

“Saya telah beri jaminan berdasarkan sejarah terdahulu dari zaman Maharaja di China dan Sultan Melaka. Lawatan Perdana Li Qiang, sahabat saya yang dihormati ini, telah membuktikan (kemesraan). Kami berbincang selama berjam-jam, tanpa sebarang keangkuhan atau ultimatum.

“Walaupun terdapat isu yang dipertikaikan, kita lihat mereka sebagai rakan kongsi dan sahabat yang dipercayai… terlibat dalam perbincangan selama beberapa jam sebagai rakan kongsi setara dan boleh dipercayai,“ katanya di sini.

— LAGI

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings