the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bunuh isteri guna dumbel: Suami didakwa

SHAH ALAM: Seorang lelaki dipercayai memukul isterinya dengan dumbel dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh wanita itu.

Izzat Saat, 38, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada lelaki itu kerana kes bunuh berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Izzat didakwa menyebabkan kematian Nurul Qurraisyia Zulkafli, 33, di sebuah rumah di Jalan Congkak Seksyen 32 di sini pada kira-kira pukul 10.30 malam, 14 Dis 2023 hingga 10.30 pagi 16 Dis 2023.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak lebih 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saidah Fasihah Che Yussoff manakala tertuduh diwakili peguam Rezal Mazli Abdul Muin.

Majistret Farah Rosnan menetapkan 19 Feb tahun depan untuk sebutan semula kes dan penyerahan laporan bedah siasat serta forensik. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings