the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada perancangan wajibkan pasang ‘dashcam’ – Loke

KUALA LUMPUR: Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan ‘dashcam’ atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata walaupun kementerian ada menerima beberapa cadangan mengenainya, namun pihaknya perlu mempertimbangkan pelbagai aspek termasuk kos yang perlu ditanggung rakyat sekiranya ia diwajibkan.

“Akan tetapi, kita mengalakkan pemasangan dashcam terutamanya pada kenderaan-kenderaan daripada pengilang.

“Kalau mereka boleh pasang (dashcam) bersekali dengan kereta baharu, itu amat kita galakan tetapi setakat ini kita belum mewajibkan lagi,” katanya kepada media selepas menghadiri program sesi libat urus Menteri Pengangkutan Bersama Editor Media di sini hari ini

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar Kementerian Pengangkutan Datuk Normah Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan, Aedy Fadly Ramli, Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj dan Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Bernama Mohd Haikal Isa.

Selain itu, Loke turut mengalakkan syarikat pengusaha bas untuk memasang peranti tersebut agar dapat merakam dan dijadikan bahan bukti sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

“Pemasangan dashcam ini satu bukti sekiranya berlaku kemalangan untuk mengetahui siapa yang bersalah atau yang patut bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, Loke berkata statistik kemalangan jalan raya pada tahun lepas mencatatkan sebanyak 600,000 kemalangan manakala jumlah kematian adalah sebanyak lebih 6,500 orang.

“Kalau kita lihat stastistik, puratanya adalah 15 hingga 17 orang meninggal setiap hari dan jumlah ini satu angka yang besar.

“Setiap orang yang meninggal, bagi kita (kementerian) ini adalah satu tragedi yang tidak perlu berlaku kerana kemalangan jalan raya ini boleh dielakkan jika setiap pemandu mengambil sikap berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya,” katanya.

Justeru itu, Loke berharap orang ramai dapat menjadi pemandu berhemah, sentiasa peka dan berhati-hati bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

LPT3 implementation, vape issue among focus of Dewan Rakyat today

The proposed implementation of the LPT3 through a public-private partnership (PPP) model and measures to curb syndicates distributing harmful vape products targeting youths and school students are among the focus of the Dewan Rakyat sitting today.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings