the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nancy: Larangan cermin gelap bidang kuasa MOT

JOHOR BAHRU: Cadangan melaksanakan larangan cermin gelap bagi mengelakkan kes kecuaian meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan persendirian hingga menyebabkan kematian, hanya boleh diputuskan Kementerian Pengangkutan (MOT).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (gambar) berkata beliau telah menyuarakan cadangan mengenai perkara itu kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

“Bagi larangan cermin gelap yang dicadangkan orang ramai, itu terpulang pihak berkenaan (MOT) untuk melihat perkara ini yang merupakan satu daripada punca kepada kecuaian.

“Saya sebenarnya ada berbincang dengan Menteri Pengangkutan supaya melihat perkara ini sama ada ia perlu diambil tindakan, kerana kita tahu ini merupakan antara punca kepada kecuaian (terhadap kanak-kanak),“ katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini.

Nancy sebelum ini dilapor berkata kementeriannya sedang mempertimbangkan cadangan untuk melarang penggunaan cermin gelap kenderaan bagi mengelak kematian kanak-kanak yang ditinggalkan di dalam kereta.

Cadangan itu, katanya dibuat berikutan tiga kanak-kanak meninggal dunia dalam tempoh dua bulan, selepas ditinggalkan bersendirian di dalam kenderaan.

Sementara itu, Nancy berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberikan khidmat kaunseling kepada keluarga seorang murid madrasah yang cedera dipercayai dirotan guru menggunakan batang paip polyvinyl chloride (PVC) di Sik Kedah baru-baru ini.

Menurut beliau bantuan itu diberikan susulan ibu mangsa yang dilaporkan mengalami trauma atas kejadian menimpa anaknya, sekali gus menjelaskan kes masih dalam siasatan pihak polis di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mengenai statistik kes penderaan kanak-kanak, beliau berkata JKM menerima 5,216 laporan kes penderaan sejak awal Januari hingga Ogos lepas.

Pada tahun lepas pula, katanya JKM secara keseluruhan menerima 6,770 kes penderaan berbanding 6,144 kes pada 2021. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Powerwell proposes 116.1m bonus warrants to reward shareholders

The power distribution equipment manufacturer is rewarding shareholders with a five-year bonus warrant exercise that could also provide the group with additional working capital upon warrant conversion, without incurring borrowing costs.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings