the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengarah syarikat rugi lebih RM2.3 juta, terpedaya pelaburan saham tidak wujud

SHAH ALAM: Seorang pengarah syarikat mengalami kerugian lebih RM2.3 juta selepas terpedaya dengan penawaran pelaburan saham tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan mengenai jenayah itu daripada wanita tempatan berusia 39 tahun pada 12.31 tengah hari, Jumaat lalu (17 Nov).

Mohd Iqbal berkata berdasarkan hasil rakaman percakapan, mangsa mengetahui mengenai pelaburan saham tersebut menerusi media sosial Facebook dan mangsa telah menekan pautan (link) pelaburan yang diberikan dan memberikan nombor telefonnya.

“Mangsa kemudian ditambah masuk ke dalam satu kumpulan Whatsapps yang memberikan maklumat berkenaan cara-cara untuk membuat pelaburan saham.

“Wanita itu seterusnya diarahkan untuk mendeposit wang bagi memasuki pelaburan saham yang ditawarkan lalu membuat pindahan wang berjumlah RM2,378,000 secara dalam talian sebanyak enam kali ke dalam enam akaun bank berlainan seperti yang diarahkan,” menurut kenyataan itu.

Mohd Iqbal berkata mangsa seterusnya dimaklumkan telah mendapat keuntungan sebanyak RM256,000 namun ketika wanita itu hendak membuat pengeluaran wang keuntungan, dia dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM523,000.

“Mangsa yang berasa tertipu hadir membuat laporan polis dan siasatan dilaksanakan mengikut Seksyen 420 kanun Keseksaan iaitu kesalahan menipu,” katanya.

Susulan itu Mohd Iqbal menasihatkan orang awam agar tidak mudah mempercayai pelaburan yang ditawarkan di sosial media dan membuat semakan terlebih dahulu dengan menghubungi agensi yang terlibat seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti.

“Orang awam juga boleh menghubungi talian ‘997’ National Scam Response Centre (NSRC) bagi membuat semakan dan mendapatkan nasihat terlebih dahulu,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings