the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Acara berkhatan beramai-ramai jadi platform kukuh perpaduan

MELAKA: Program berkhatan beramai-ramai pada setiap musim cuti persekolahan boleh menjadi platform mengukuhkan perpaduan di negara ini, dengan penglibatan masyarakat berbilang kaum.

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Duyong Datuk Mohd Noor Helmi Abdul Halem berkata proses memahamkan dan mempelajari budaya bangsa lain boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah dan pendekatan.

“Seperti penganjuran program sunat hari ini, kita ada lapan orang sukarelawan dari kaum Cina dan India, dan mereka turut membuat persembahan dalam meraikan peserta acara sunat beramai-ramai.

“Dengan ada rakyat berbilang kaum (sebagai sukarelawan) ia dapat mengubah skeptikal dan persepsi. Hari ini kita terangkan dan beritahu supaya orang faham proses ini dan kaitannya dengan kesihatan,“ katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Sunat Laser DUN Duyong di Kompleks Japerun Duyon, Semabok di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong.

Sementara itu, pada majlis hari ini, sebanyak 162 peserta terdiri daripada kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun diarak dengan iringan paluan kompang dan bunga manggar, persembahan tarian singa serta paluan gendang masyarakat India sebelum disiram menggunakan air daripada jentera bomba.

Beliau berkata program berkenaan yang dianjurkan secara percuma berpotensi menjadi acara tahunan berdasarkan maklum balas dan penyertaan menggalakkan daripada ibu bapa. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings