the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

423 kes jenayah komersial di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta

JOHOR BAHRU: Sebanyak 423 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM15.6 juta direkodkan di Johor sepanjang bulan lepas.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.

Beliau berkata kes penipuan merupakan penyumbang tertinggi iaitu 373 kes atau 88 peratus sekali gus merekodkan jumlah tertinggi daripada keseluruhan kerugian yang dilaporkan tahun ini.

“Kes penipuan tersebut melibatkan belian dalam talian iaitu 101 kes, pelaburan tidak wujud (65 kes), penyamaran dalam talian atau ‘phone scam’ (42 kes), pinjaman tidak wujud (45 kes) dan lain-lain kes penipuan (42 kes),“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata pihaknya komited dalam menjalankan kempen kesedaran jenayah komersial secara bersemuka mahupun melalui media sosial secara berterusan.

Menurutnya orang ramai dinasihatkan lebih cakna dan mengambil tahu trend semasa jenayah komersial bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan, selain mendapatkan maklumat berkaitan modus operandi jenayah itu melalui akaun rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial @cybercrimealert dan @JSJK PDRM di Facebook, Instagram dan TikTok.

“Kita juga menyarankan agar masyarakat menggunakan talian CCID infoline dan perkhidmatan ‘semak mule’ sebelum membuat sesuatu pembayaran,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings