the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis sita 26 motosikal dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Ipoh

IPOH: Polis menyita 26 motosikal yang didapati diubah suai pemiliknya sehingga melanggar spesifikasi ditetapkan dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di sekitar Jalan Pasir Puteh (ST.18) dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata semua motosikal itu disita atas kesalahan berkaitan pengubahsuaian pelbagai aksesori atau struktur kenderaan di bawah Seksyen 64(1) Akta 1 Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333).

Beliau berkata operasi itu turut menyaksikan empat individu ditahan atas kesalahan menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987, dan polis turut mengeluarkan 257 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Seramai 110 individu berumur 14 hingga 36 tahun diperiksa dalam operasi itu, mereka termasuk pelajar sekolah menengah serta pelajar institusi awam dan swasta,” katanya dalam kenyataan di sini.

Abang Zainal berkata polis akan terus menjalankan operasi bersepadu sebegini dari semasa ke semasa bagi memperkasakan lagi tindakan undang-undang terhadap sebarang jenayah termasuk samseng jalanan di daerah Ipoh.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Asia’s top contenders emerge from the 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of Kings

A total of nine teams have successfully secured qualification through the highly competitive regional qualifiers held from June 13 until 21, joining directly qualified nations China, Malaysia, and Thailand at the main event.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings