the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MRT Laluan Putrajaya alami gangguan sistem komunikasi, perkhidmatan tren dan bas alternatif diaktifkan

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren MRT Laluan Putrajaya mengalami gangguan akibat masalah sistem komunikasi ketika ini.

Sehubungan itu, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan malam ini memaklumkan pihaknya telah mengaktifkan perkhidmatan tren dan bas perantara bagi laluan berikut.

“Tren perantara dari Stesen Kwasa Damansara akan berpatah balik di Stesen Chan Sow Lin manakala perkhidmatan bas perantara di antara Stesen Chan Sow Lin ke Stesen Putrajaya Sentral,” menurut kenyataan itu.

Menurut Rapid Rail, pengguna yang ingin membatalkan perjalanan boleh mendapatkan kupon perjalanan sehala di kaunter khidmat pelanggan dan ia perlu digunakan dalam tempoh lima hari bermula hari ini.

Rapid Rail turut memaklumkan para juruteranya sedang giat mengenal pasti punca yang menyebabkan gangguan itu.

“Sila dapatkan perkembangan terkini mengenai status perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya menerusi platform media sosial Rapid KL,” katanya yang turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami penumpang.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Huawei Announces Wi-Fi 7 Patent Licensing Rates, Reaffirms Commitment to Transparent and Reasonable Licensing

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Huawei today announced that its patent licensing royalty rate for Wi‑Fi 7 technologies would be set at US$0.5 per unit for Wi Fi 7 compliant devices.

Thailand Secures $4.1 Billion in EV Chain Investments as Southeast Asia Auto Hub Pivots...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Thailand has secured over $4.1 billion (approx. 137 billion baht) in investment pledges across its electric vehicle (EV) supply chain, solidifying its position as Southeast Asia's primary automotive manufacturing hub as global carmakers realign their production networks toward clean energy.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings