the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Enam termasuk presiden sebuah NGO disyaki terbabit kes jual darjah kebesaran palsu ditahan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu termasuk seorang presiden sebuah badan bukan kerajaan (NGO), yang disyaki terlibat dalam sindiket penjualan darjah kebesaran pingat persekutuan palsu, yang melibatkan bayaran kira-kira RM2 juta.

Menurut sumber SPRM, empat lelaki termasuk presiden NGO berkenaan serta dua wanita yang berusia 30 hingga 50-an itu ditahan di lokasi berasingan iaitu Ibu Pejabat SPRM di sini dan Melaka antara 30 Nov dan Rabu lepas.

Semua mereka ditahan kerana disyaki terlibat dengan sindiket penjualan darjah kebesaran pingat persekutuan palsu yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ dengan bayaran kira-kira RM2 juta, dan presiden NGO itu disyaki menjadi dalang utama.

“Presiden NGO itu disyaki menetapkan harga bagi calon yang berminat mendapatkan pingat kebesaran dan mengarahkan ahli sindiketnya iaitu seorang lelaki berusia 50-an menyamar sebagai Tengku.

“Ia bagi mendapatkan bayaran untuk menipu kira-kira enam individu lain yang ingin mendapatkan pingat kebesaran tanpa melalui prosedur biasa,” katanya.

“Sindiket ini dipercayai mula menjalankan kegiatan sejak 2020 dan telah memperdayakan beberapa mangsa membabitkan kerugian beratus ribu ringgit dengan menunjukkan gambar dan surat dokumen daripada sebuah agensi kerajaan bagi meyakinkan mangsa bahawa gelaran dan pingat yang diatur melalui pintu belakang ini adalah benar-benar tulen,” katanya.

Beliau berkata sindiket itu mengenakan bayaran berbeza mengikut darjah kebesaran misalnya gelaran Datuk bernilai kira-kira RM150,000, Datuk Seri RM250,000 manakala Tan Sri bernilai kira-kira RM2 juta.

Menurut sumber berkenaan, seorang mangsa lelaki berusia dalam lingkungan 50-an dipercayai telah membayar kira-kira RM1.2 juta untuk mendapatkan gelaran Tan Sri menerusi beberapa transaksi bank kepada sindiket berkenaan.

Difahamkan SPRM sedang berusaha mengesan lima lagi invididu yang turut menjadi mangsa.

Presiden NGO itu kini direman sehingga 11 Dis, manakala empat lagi individu direman sehingga hari ini manakala seorang telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

“SPRM sedang berusaha mengesan beberapa lagi suspek yang dipercayai terlibat dengan sindiket ini,” katanya.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

From race circuit to global supply chains: DHL powers Formula E’s boldest season yet...

As the ABB FIA Formula E World Championship returns to Shanghai for the 2025/2026 Season, the world's premier all-electric racing Championship accelerates into its most ambitious chapter yet with a record 17 races across 11 global cities, including new circuits in Madrid and Miami.

China Hong Kong Motorsports Centre launches HK Youth Karting Championship 2026

China Hong Kong Motorsports Centre ("CHKMC") is pleased to announce the launch of HK Youth Karting Championship 2026, a new karting championship scheduled to take place on 15 (Sat) – 16 (Sun) August 2026 at Guangzhou Conghua International Circuit.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings