the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lantikan pengawas peperiksaan kalangan orang awam terikat peraturan, SOP

KUALA LUMPUR: Pengawas peperiksaan yang dilantik dalam kalangan bukan pendidik terikat kepada peraturan, prosedur operasi standard (SOP) dan akta bagi menjamin integriti pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam di negara ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata selain itu, pengawas peperiksaan itu juga akan dikawal selia pengawas peperiksaan berpengalaman dalam kalangan guru sepanjang peperiksaan berlangsung.

“Bagi menjamin integriti dan profesionalisme pula, mereka yang dilantik perlu menandatangani borang Akta Rahsia Rasmi 1972, borang perakuan bebas jenayah dan penyalahgunaan dadah serta borang perakuan kesihatan diri,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Kesavadas A. Achyuthan Nair mengenai signifikan pengambilan pengawas peperiksaan daripada kalangan orang awam dan bagaimana mereka yang dilantik terjamin dari segi karektor, integriti dan profesionalisme.

Berhubung pelantikan pengawas peperiksaan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, Lim berkata berdasarkan unjuran jumlah keseluruhan yang diperlukan adalah seramai 137,000 orang.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 20 peratus lantikan disasarkan daripada mereka yang bukan kalangan guru atau warga pendidikan.

Lim berkata bagi menjamin kredibiliti dan integriti peperiksaan, lantikan pengawas peperiksaan dalam kalangan orang awam itu tidak akan melibatkan jawatan Ketua Pengawas Peperiksaan dan Ketua Pengawas Ujian Amali, Timbalan Ketua Pengawas Peperiksaan, Penyelia Kawasan dan Timbalan Penyelia Kawasan sebaliknya ia kekal dipilih dalam kumpulan guru atau pegawai pendidikan yang masih berkhidmat.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan buat pertama kali telah membuka permohonan bagi pelantikan pengawas peperiksaan SPM kepada orang awam dan tawaran julung kali dilaksanakan itu adalah untuk SPM 2023 yang bermula 5 Dis lepas.

Peperiksaan SPM akan berlangsung hingga 7 Mac 2024. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings