the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ibu, rakan wanita dipenjara tujuh tahun aniaya anak hingga cedera

JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal dan rakan wanitanya masing-masing dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menganiaya dan mengabaikan anaknya berumur tujuh tahun sehingga mengalami 20 kecederaan fizikal di badan.

Hakim VM Mabel Sheela menjatuhkan hukuman itu terhadap Nurul Asyiqin Mohamad Zahid, 27, dan Awiin Chua, 30, yang juga rakan serumahnya selepas mereka mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan pada 16 Ogos lepas.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Mabel Sheela berkata kejadian seumpama itu tidak sewajarnya berlaku kerana hubungan ibu dan anak adalah sangat istimewa.

“Kalau awak (ibu mangsa) tanya anak awak adakah dia mahu mengikut awak, pasti dia akan mahu ikut, walaupun tahu akan merasa sakit.

“Mahkamah tidak boleh membayangkan keadaan mangsa jika keadaan berlarutan lebih lama dan syukur mangsa dibantu orang awam kalau tidak pastinya mangsa akan meninggal dunia,” katanya dalam nada sebak.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan kedua-dua wanita itu menjalani hukuman penjara serentak bermula dari tarikh tangkap pada 12 Ogos lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Diyana Zubir memohon hukuman setimpal berdasarkan kecederaan yang dialami mangsa iaitu lebih 20 kecederaan fizikal di tubuhnya selain kekerapan berlakunya penderaan.

“Bayangkan dalam tempoh sebulan penderaan, kecederaan yang teruk sebagaimana laporan perubatan disokong dengan gambar-gambar kecederaan yang dikemukakan di mahkamah. Jika dibiarkan atau lambat diketahui, tiada gambaran dapat dibayangkan apa yang akan terjadi kepada mangsa.

“Dalam kes ini setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada jiran-jiran mangsa yang mengambil berat terhadap mangsa sehingga berjaya membongkar kesalahan dan tindakan pantas jiran berjaya menyelamatkan mangsa,” katanya.

Beliau berkata kes itu juga melibatkan kepentingan awam serta mendapat perhatian keluarga diraja Johor iaitu Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Peguam Nur Hazneena Zureen Jaesleen Mohd Hanafiah yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu hukuman ringan kerana ia kesalahan pertama anak guamnya.

“Tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah lampau sebelum ini, selain mengambil kira pengakuan salah tertuduh yang telah menyesal atas perbuatan mereka,” katanya.

Bagi kedua-dua pertuduhan, mereka didakwa mencapai niat bersama menganiaya dan mengabaikan kanak-kanak itu yang di bawah pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan tersebut dilakukan di sebuah rumah di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang di sini, antara 1 Julai hingga 9 Ogos lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kejadian menimpa kanak-kanak itu terbongkar selepas tular video insiden orang awam menyerbu rumah berkenaan bagi menyelamatkan mangsa yang turut memaparkan kecederaan agak teruk di bahagian belakang badan mangsa. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings