the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Syarikat penerbangan Portugal TAP untuk diswastakan

MADRID: Portugal pada Khamis mengumumkan penswastaan syarikat penerbangan milik kerajaan TAP Air Portugal, lapor agensi berita dpa.

Sekurang-kurangnya 51 peratus pegangan daripada syarikat penerbangan terbesar negara itu harus dijual, kata Menteri Kewangan Fernando Medina selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di Lisbon, lapor agensi berita negara Lusa.

Menteri itu berkata usaha mencari pelabur utama sedang dijalankan.

Syarikat penerbangan Eropah seperti Air France-KLM, Lufthansa dan International Airlines Group (IAG) berminat untuk memperoleh pegangan terbesar dalam TAP, lapor akhbar Público.

Syarikat penerbangan itu mempunyai rangkaian laluan trans-Atlantik yang luas ke Amerika Selatan.

Medina menegaskan bahawa penswastaan TAP tidak akan “semata-mata” diberikan kepada syarikat yang menawarkan wang paling banyak, tetapi kepada syarikat yang memberi perkhidmatan terbaik kepada negara dan ekonomi negara.

Kerajaan juga memaklumkan ia berhasrat untuk mengekalkan kepentingan strategik dalam syarikat penerbangan itu.

Ditubuhkan pada 1945, TAP mempunyai kira-kira 6,600 pekerja dan sekitar 100 pesawat. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings