the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis rampas dadah bernilai RM33.73 juta, tahan tujuh lelaki termasuk seorang warga asing

KAJANG: Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Sri Lanka disyaki menyeludup dan mengedar dadah yang dianggar bernilai RM33.73 juta, Rabu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata semua suspek yang berumur 21 hingga 52 tahun itu ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dalam operasi pada 12.30 tengah hari hingga 2.15 petang.

Beliau berkata pada mulanya polis mengesan sebuah kontena berisi syabu seberat 411.172 kilogram (kg) dan kokain seberat 100.813 kg di sebuah gudang di Taman Cheras Prima, di sini, yang dibawa masuk dari Pakistan melalui Pelabuhan Klang, pada 10.30 malam Selasa lepas.

“Pada keesokannya dadah itu telah dipunggah keluar dari kontena, dan ketika itu serbuan dilakukan,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.

Mohd Kamarudin berkata ada antara dadah itu disorokkan di dalam kampit bawang, dan siasatan mendapati sindiket itu telah bergiat aktif sejak awal tahun ini.

“Lima daripada tujuh suspek memiliki rekod jenayah lampau, termasuk berkaitan dadah,” katanya sambil menambah kesemua suspek direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 2.6 juta penagih dadah dan polis juga menyita pelbagai aset antaranya enam kenderaan, barang kemas serta wang tunai, semuanya dianggarkan bernilai RM384,964. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings