the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jho Low buka akaun syarikat tiga bulan sebelum terima US$700 juta

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low telah membuka akaun bank Swiss untuk Good Star Limited (Ltd) tiga bulan sebelum syarikat miliknya itu menerima dana US$700 juta milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2009.

Penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM), Adam Ariff Mohd Roslan, 34, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Jho Low membuka akaun bank Good Star Ltd pada 11 Jun 2009 dan syarikat itu menerima US$700 pada 30 Sept, 2009.

Saksi pendakwaan ke-47 itu berkata, menurut rekod perbankan, 1MDB telah mengarahkan Deutsche Malaysia supaya melakukan pemindahan tersebut (US$700 juta).

Adam Ariff, yang juga penganalisis pasukan petugas khas (1MDB), itu berkata, demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar dalam perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan dana RM2.3 bilion 1MDB.

Bagaimanapun, peguam bela Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee berkata, pasukan pembelaan mengekalkan bantahannya terhadap kebolehterimaan dokumen yang menjadi sandaran pihak pendakwaan untuk membuktikan pembukaan akaun Good Star.

Terdahulu, ketika membaca pernyataan saksi, Adam Ariff memaklumkan bahawa RM2.28 bilion dikreditkan dalam akaun peribadi Najib menerusi 19 transaksi dari 2011 hingga 2014 boleh dijejak daripada dana yang dikumpul dan dimilik 1MDB berdasarkan analisis 343 dokumen dan rekod perbankan.

Membaca laporan yang disediakan pada Julai lalu mengenai jejak aliran wang masuk ke akaun perbadi Najib, Adam Ariff berkata, beliau telah membuat kenyataan dan analisis dalam laporan itu secara jujur, tepat dan boleh dipercayai.

Dalam laporan itu, katanya, beliau tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa terdapat sebarang fakta material yang mengelirukan atau telah dirahsiakan daripadanya.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 18 Sept ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings