the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SESB: Gangguan elektrik di KKIA disebabkan masalah teknikal bangunan

KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) malam tadi (Selasa) adalah disebabkan masalah teknikal dalaman bangunan lapangan terbang itu.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Idris Mohd Noor berkata tiada sebarang masalah atau gangguan pada sistem bekalan elektrik daripada pencawang milik SESB yang membekalkan elektrik ke KKIA.

Beliau berkata SESB menerima aduan mengenai gangguan bekalan yang berlaku di KKIA pada 9.38 malam tadi dan pemeriksaan segera mendapati punca bekalan elektrik di Pencawang Pembahagian Utama KKIA adalah normal.

“Pengesahan telah dibuat dengan pihak Pengurusan Bangunan KKIA dan dimaklumkan bahawa kerosakan tersebut adalah berpunca daripada kerosakan pendawaian dalaman bangunan tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Isu KKIA terputus bekalan elektrik malam tadi tular di media sosial sehingga pelbagai pihak mempersoalkan keberkesanan sistem bekalan elektrik lapangan terbang itu.

Ketua Bahagian Umno Putatan Jeffrey Nor Mohamed antara yang berkongsi gambar kejadian itu di laman Facebooknya dan menegur pihak terbabit supaya insiden seperti itu tidak memberikan imej yang buruk terutama kepada Sabah yang merupakan tumpuan pelancong bukan sahaja di rantau ini, malah di seluruh dunia. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Reassessing the Indus Basin water debate

Pakistan's recent water scarcity claims in the Indus Basin are contradicted by its own hydrological data showing abundant inflows and high downstream flows.

‘Rest N Go’ operator RNG Tech draws strong investor demand for IPO

Malaysia's largest vending massage chair operator, RNG Tech Bhd, is set to debut on Bursa Malaysia's ACE Market on July 7 after raising RM16.4 million from an IPO oversubscribed 7.8 times. The group commands a 66.2% market share and runs 5,611 chairs across five regional markets.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings