the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas pekerja sambilan sebuah jabatan mengaku salah gagal lapor sogokan diterimanya

KUANTAN: Seorang bekas pekerja sambilan harian di sebuah jabatan kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 15 pertuduhan gagal melaporkan sogokan berjumlah RM9,700 diterimanya, tiga tahun lepas.

Rozairi Ismail, 33, dari Felda Jengka 13, Maran dekat sini, mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan itu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu antara 24 Julai 2020 hingga 2 Jan 2021, semasa diberikan wang antara RM200 hingga RM3,000 oleh dua individu yang dimasukkan ke akaun miliknya, bagi tertuduh memberikan maklumat awal berkaitan projek di bawah jabatan itu semasa dia bertugas di Johor.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 25(2) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nur Zahida Muhammad Ruzi, menawarkan jaminan RM20,000 bagi semua pertuduhan dan memohon tarikh baru untuk fakta dan hukuman, kerana tertuduh mempunyai kesalahan yang masih belum dipertuduhkan.

“Bagi kesalahan itu, tertuduh dijadualkan akan didakwa di Mahkamah Shah Alam pada bulan hadapan dan pihak pendakwaan bercadang untuk memohon supaya kes itu dipindahkan ke sini, untuk tujuan fakta dan hukuman,” katanya.

Nur Zahida juga memohon mahkamah menetapkan syarat penjamin seorang warganegara tempatan, pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah serta melapor diri di ibu pejabat SPRM di Putrajaya setiap bulan, sehingga kes selesai.

Peguam Mohd Shuhairil Ziqrul Sapi merayu jumlah jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh yang masih bujang telah memberikan kerjasama penuh kepada SPRM, sejak ditangkap pada 7 April 2022.

“Tertuduh kini bekerja sebagai pemandu e-hailing dengan pendapatan sekitar RM1,200 sebulan. Walaupun tidak mempunyai tanggungan, tertuduh kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana di sebuah universiti awam.

“Arahan yang diterima saya ialah anak guam berhasrat untuk mengaku salah terhadap semua pertuduhan, termasuk yang akan dihadapi di Mahkamah Shah Alam,” katanya dan menambah anak guamnya hanya dapat mengumpul RM2,000, selepas dimaklumkan mengenai tarikh pendakwaan pada 11 Okt lepas.

Mahkamah menetapkan jaminan RM13,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan membenarkan semua syarat tambahan dimohon pihak pendakwaan dan menetapkan 29 Nov ini untuk fakta kes dan hukuman. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

60,000 Accountancy and Corporate Finance Professionals to Be AI-Ready Over Three Years

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) and the Infocomm Media Development Authority (IMDA) officially launched the AI Fluency Programme, AIxAccountancy, today.

ISCA Accountants Move Beyond the Numbers to Help Singaporeans Navigate Life’s Financial Decisions

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) launched Life & Money Matters, a nationwide community initiative that aims to help Singaporeans make informed financial decisions with confidence throughout every stage of life.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings